Infaq

KUTIPAN DANA PEMBESARAN SURAU

30 Oktober 2026

Assalamualaikum wbt.

Tuan puan yang budiman sekelian, semoga sentiasa di dalam limpahan rahmat Allah swt

Berikut adalah beberapa butiran untuk maklumat dan tindakan kita bersama

1) Nama Surau
Surau Nuruddin D’Kayangan, Seksyen 13, Shah Alam

2) Latarbelakang Surau Nuruddin
Surau terletak di dalam kejiranan D’Kayangan Seksyen 13 Shah Alam. Lokasi yang dikelilingi pusat residen, komersial, rekreasi dan sukan yang dinamik. Mula beroperasi pada tahun 2014 dan sehingga kini belum pernah dilakukan sebarang pembesaran struktur dan ubahsuai bangunan

3) Lokasi Surau Nuruddin

4) Objektif Pembesaran Surau

  • Keperluan semasa dan akan datang seiring dengan pembangunan dan peningkatan pesat kawasan residen dan komersil di persekitaran kejiranan D’Kayangan
  • Keselesaan jemaah / warga emas / pelajar sekolah untuk beribadah (Solat fardhu / Jumaat secara berjemaah)

5) Kelulusan Pihak Berkuasa
Kelulusan telah diperolehi dari JAIS untuk

  • Membesarkan struktur bangunan, kelengkapan dan peralatan surau
  • Mengumpulkan dana sebanyak RM5 juta dan mesti dimanfaatkan sebelum April 2029

Setiap urusan pentadbiran berkaitan dana sumbangan dan pembayaran kepada kontraktor pembangunan akan dikawalselia oleh Perbadanan Waqaf Selangor (PWS)

6) Saluran Sumbangan
Sumbangan ikhlas tuan puan boleh disalurkan ke
Akaun : 1203 0003 2457 19
Bank : Bank Muamalat
No Tel PIC : 014 790 1479

7) Pelepasan Cukai LHDN Setiap sumbangan layak menerima resit rasmi dari Perbadanan Waqaf Selangor untuk urusan cukai LHDN

8) Sasaran Penyumbang

  • Individu
  • Pemilik Perniagaan
  • Badan Korporat

Sekian. Terima kasih

Jazakumullah khairal jazaa

Wassalamu’alaikum wbt

NOORAZMI TALIB
Pengerusi Jawatankuasa Khas
Projek Naiktaraf Surau Jumaat
Surau Nuruddin D’Kayangan
Seksyen 13 Shah Alam